PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR (PPNJ) ditubuhkan
pada tahun 1971 di
bawah. Akta Pertubuhan Peladang 1973. PPNJ Agro Park,
Kota Tinggi terletak di Sungai
Lebak, Jalan Kota Tinggi, 81900 Kluang Johor. Tujuan
utama penubuhan PPNJ ialah
untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah
pengetahuan dan kemahiran,
meningkatkan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara
hidup ahli-ahli, serta
mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari,
makmur dan bersatupadu.
Projek Pelancongan Agro ini adalah salah satu projek
PPNJ Agro Park Kota Tinggi yang
bertujuan untuk
mempelbagaikan aktiviti syarikat dan menarik perhatian para pelancong
dengan konsep lawatan ladang kelapa, buah-buahan
tempatan dan ternakan. Seterusnya
menambah pendapatan dan keuntungan syarikat. Projek
ini merangkumi lawatan para
pelancong ke kawasan ladang kelapa dan membawa pelancong
melihat aktiviti-aktiviti
sampingan syarikat. Projek Pelancongan Agro ini mensasarkan
kepada pelancong dalam
dan luar negara yang menginginkan pengalaman berada
dalam kawasan ladang kelapa
dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti dan ternakan
yang dijalankan oleh syarikat.
Antara daya penarik yang terdapat
di dalam Kawasan Ladang PPNJ Agro Park adalah:
·
Kelapa pandan
·
Kelulut kelapa
·
Kelulut belimbing
· Tanaman buah-buahan tempatan lain
(nangka, jambu air, limau kasturi, mempelam, belimbing dan pisang)
·
Ternakan (ikan, lembu dan kambing)
Projek Pelancongan Agro ini juga akan memberi sedikit
pendedahan kepada para
Pelancong tentang bagaimana pengurusan ladang dan ternakan
dijalankan dan memberi
pengalaman kepada mereka merasa sendiri produk hasil tanaman
syarikat seperti madu
kelulut, madu belimbing dan kelapa pandan.
Comments
Post a Comment