Penerangan setiap checkpoint di dinding
Pusat informasi kami fokuskan sebagai tempat pendaftaran pelancong yang datang menyertai Agro Farm Tour. Seterusnya, Pusat informasi merupakan titik permulaan Agro Farm Tour di mana pelancong akan diberi penerangan sebelum bermulanya perjalanan. Selain itu, terdapat jualan cenderamata seperti baju,beg dan topi.
Peta laluan Agro Farm Tour
AGRO FARM TOUR
Untuk pengetahuan semua Agro Farm Tour mempunyai 10 checkpoint dimana Agro Farm Tour dimulakan dengan checkpoint pertama iaitu kelulut kelapa. Nama botani kelulut ialah ‘Meliponini’, Kelulut ini
dikenali sebagai lebah yang tidak mempunyai sengat dan boleh manghasilkan madu.
Madu dari pokok kelapa pandan mempunyai aroma dan kadar kemanisan yang sangat
baik. Cadangan diberikan mengadakan lawatan bercerita.
Checkpoint yang seterusnya ialah Kelapa Pandan. Nama
botani ialah ‘Aromatic dwarf atau cocos
nucifera’. Cadangan aktiviti disini meletakkan landmark dan membuat demonstrasi
mengait kelapa. Untuk menjadikan aktivti di sini lebih menarik cadangan yang
diberi buat aktiviti menarik upih kelapa.
Checkpoint seterusnya ialah penternakan ayam daging.
Nama botani ayam ialah ‘Gallas Gallus Domesticus’. Informasi mengenai ayam daging ialah ayam yang
berbulu putih dan kulit kekuningan. Ayam yang diternak khususnya untuk
pengeluaran daging. Cadangan aktiviti yang diberikan ialah letak papan tanda
dan mengada “Catch Chicken Challenge”
Checkpoint seterusnya ialah pokok pisang. Nama
botani ‘Musa Paradisiaca’. Informasi mengenai pokok pisang ialah pokok pisang mempunyai
pelbagai jenis dan boleh dimakan. Pisang ialah pokok yang bermusim ia mudah
didapati dan sesuai dijadikan sajian makanan. Cadangan diberikan ialah lawatan
bercerita mengenai keunikan pokok pisang. Nama botani ’nephelium ramboutan-ake'. Informasi
mengenai pulasan ialah sejenis buah yang menyerupai seperti rambutan tetapi
kelainan antara dua buah ini adalah dari segi luaran buah pulasan yang
mempunyai kulit yang tebal berbanding buah rambutan dan biji buah pulasan lebih
keras berbanding buah rambutan. Pokok pulasan ialah pokok yang bermusim. Pokok
ini bermusim dari bulan Julai sehingga ogos. Cadangan yang diberikan ialah
lawatan bercerita dan pengunjung boleh merasai buah apabila tiba musimnya
Checkpoint kelima, ialah penternakan lembu. Nama botani
‘Bos Taurus’. Informasi mengenai lembu disini mempunyai anggaran 1000 ekor
lembu pelbagai jenis. Lembu dipelihara
sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu. Cadangan aktivitit yang
diberi letak papan tanda dan perah susu
lembu, minum susu segar dan berpeluang
beri makan kepada lembu.
Checkpoint yang keenam, ialah pokok nangka. Nama botani
‘artocarpus heterophylus’Nangka merupakan
pokok tempatan di asia tenggara dan selatan. Ciri-ciri nangka mempunyai buah
yang besar dan beratnya boleh melebihi 10 kg. Cadangan yang diberikan ialah lawatan bercerita
dengan dapat merasai buah nangka apabila tiba musimnya.
Checkpoint yang ketujuh ialah durian. Nama botani
‘Durio’. Informasi, Durian digelar raja buah, saiznya besar dan berbau unik,
durian ini mempunyai pelbagai jenis dan yang paling popular ialah durian musang
king kerana rasa duriannya lain dari biasa dan begitu unik. Pokok durian ialah
pokok yang bermusim.
Checkpoint yang
kelapan ialah pokok belimbing. Nama botani: ‘Averrhoea Carambola’. Informasi
mengenai pokok belimbing besi merupakan pokok yang tidak bermusim. Pokok
belimbing ini sesuai dijadikan tempat pembiakan kelulut untuk menghasilkan madu
dari pokok belimbing dan rasa madunya lebih masam berbanding madu kelapa
pandan. Ciri-ciri buah belimbing berwarna hijau sehingga kuning, berbentuk
bintang dan boleh dimakan apabila sudah masak. Tanda-tanda buah belimbing
apabila sudah masak ia berwarna kuning. Cadangan yang diberi ialah lawatan bercerita dan pengunjung boleh merasai
pengalaman membungkus belimbing.
Checkpoint yang kesembilan ialah kolam ikan talapia. Aktiviti yang dilakukan ialah memancing dengan menggunakan kaedah tradisional. pelancong dapat merasai pengalaman memancing mengunakan buluh. kolam tersebut mempunyai pelbagai jenis ikan antaranya ikan talipia, ketutu, patin, ikan merah dan sebagainya.
Checkpoint terakhir ialah pokok mangga dan jambu air. Aktiviti yang dilakukan ialah lawatan bercerita dan merasa buah sambil menikmati pemandangan yang indah.
|
Comments
Post a Comment